BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 11, 2011

CUTI SEM AKU..

Mesti korang terbayang alangkah bestnya cuti sem..bolehlah balik tgok mak ayah,jumpa adik beradik..aku pada mulanya menyangka bestla jgak cuti sem ni..nila time aku nk jmpa ngan kawan2 lama pun..tp alangkah terkezutnya aku bila taw cuti sem 5 hari ja..(cuti sem pa 5 hari,,haduss)..tp tkpala,jnji ada cuti gak..

Aku paling sedih n ksian ngan mak aku..dia pnyala lama x jmpa n peluk cium aku..last2 aku balik sehari ja di rumah n smpatla tdoq smalam di rumah..sbab esok tu aku kna kembali bertugas di tempat aku jadi imam tu..tp alhamdulillah mak aku paham n benarkan aku balik..aku klau mak aku kata x prlu balik aku mmg x balik pun..hehee..

Dan bila aku kt penang plak,kesian kepada mak aku tu bertukar mnjadi kesian pd aku..apalah nasib aku terpaksa bermalam seorang diri di hostel tanpa ada sorang pun kerana smua dh balik kampung..tp nk wt cmna,dh tanggungjawab,terpaksala..nsib baikla ada makhluk2 lain yg sudi temankan..tq u all..hahahaa..



Share/Bookmark

Monday, December 27, 2010

Sedikit coretan permulaan tentang Freemason.



Selama berabad-abad,banyak telah diadakan perbincangan tentang Freemansory. Sesetengah orang menuduhkan segala kejahatan dan hal buruk yang berlaku kepada Masonry.Setiap orang mencuba untuk memahami “Persaudaraan” tersebut,dan  mereka bersikap sangat bermusuhan terhadapnya. Sebaliknya, para Mason masih terus menerus dengan tradisi tutup mulut terhadap semua tuduhan yang dilontarkan, dan lebih memilih untuk tampil sebagai kelab sosial biasa yang bukanlah rupa sebenar mereka.


Masonry telah bergerak sebagai suatu aliran pemikiran. Pengaruh terpenting yang menyatukan para Mason adalah falsafah mereka yang paling tepat didefinisikan sebagai “materialisme” dan “humanisme sekular”. Namun, Masonry adalah suatu falsafah keliru yang berlandaskan pada berbagai anggapan yang salah dan teori yang cacat. Inilah hal mendasar yang mesti menjadi titik tolak untuk menilai Masonry.
Pentingnya penilaian seperti itu perlu diberitahu sejak awal, tidak hanya untuk menjelaskan perkara ini kepada non-Mason, tetapi juga untuk mengajak para Mason sendiri memahami kebenaran. Tentu saja, sebagaimana orang lain, para Mason bebas memilih sendiri, dan dapat mengambil pandangan apa pun yang mereka inginkan tentang dunia dan hidup sesuai dengannya. Ini ialah hak asasi mereka. Tetapi, orang lain pun mempunyai hak untuk memaparkan dan mengkritik kekeliruan-kekeliruan mereka.
 

 Freemason memainkan peranan penting dalam perkembangan Eropah dari agama, dan seterusnya, membangun sistem baru yang berlandaskan kepada falsafah materialisme dan humanisme sekular. Masonry juga telah mempengaruhi dalam penekanan unsur-unsur ini kepada peradaban non-Barat.




Sangatlah penting untuk umat islam mengenali dahulu tentang apa itu Freemansory ini sebelum mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah,dakyah-dakyah dan konspirasi yang dilakukan oleh mereka.Ini bagi memudahkan umat islam mengenal pasti tentang kesesatan dan berhati-hati dengan pergerakan ini yang kini sedang rancak bergerak di seluruh dunia.

Share/Bookmark

Saturday, December 25, 2010

sekitar hukum memberi ucapan sempena sambutan agama lain..

Pendapat yang mengatakan haram

-Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2).

-Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:“Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”

-Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.

-Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Pendapat yang mengatakan harus.

-Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.

-Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.
Share/Bookmark

Saturday, December 11, 2010

Umat Islam mempunyai kekuatan..-al-Qardhawi

1. Kekuatan dari segi Angka : dikatakan bahawa jumlah Umat Islam adalah sebanyak 1.58 billion orang, malah al-Qaradhawi meragui jumlah tersebut. Bagi beliau, jumlah umat Islam adalah lebih dari itu. Satu contoh situasi dimana kenyataan yang menyebut Umat Islam di China dianggarkan 20juta, namun menurut Shakib Arslan, Umat Islam di China sahaja mencecah 50juta orang. Seorang orientalis Peranchis, Kanato pernah menulis didalam suratkhabar “Le Mode, the French” mengambarkan isyarat amaran serious mengenai ramainya kependudukan Islam, lebih-lebih lagi di China.

Tegas beliau bahawa ini menunjukkan bahawa Allah swt merahmati orang-orang Islam, dimana firmannya : (وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلًا فَكَثَّرَكُمْ) “ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai” [surah al-‘Araf : 86].

2. Kekuatan Ekonomi : Negara Umat Islam memiliki barangan yang berguna yang tidak dimiliki oleh negara lain. Negara-negara Islam ini kebanyakkannya negara pertanian, memilki pantai yang kaya dengan pelbagai jenis Ikan. Malah mereka memilki minyak, pelbagai galian seperti emas, besi, platinium, uranium dan sebagainya.

Beliau memetik soalan yang pernah diajukan oleh Perdana Menteri Thailand kepada Perdana Menteri Malaysia, “Anda adalah negara Islam yang memiliki minyak? Kenapa hanya negara Islam sahaja yang memiliki minyak? Kenapa Malaysia dan bukan Thailand?”

Namun demikian menurut beliau, kita memerlukan semua jenis perindustrian. Menurut beliau, “selama ini kita hanyalah pengimpot dan bukan pengeluar (perindustrian), malahan kita mengimpot teknologi dan kita tidak mengeluarkannya”…. “Adalah satu perbezaan yang besar diantara Pengeluar dan Pengguna, berbeza dengan mereka yang mencipta dan mengimpot dan membelinya”.

3. Kekuatan ketamaddunan : Tamaddun dibina di bumi dan negara Islam. Ia berkembang didalam negara-negara Islam, termasuklah kenabian, kesemua berpusat dinegara Islam. Kristian bermula dari bumi kita dan beredar ke Eropah, Judaism juga bermula di bumi kita, begitu juga Assyria yang bermula di Iraq. Ketamaddunan Firaun di Mesir, Hindi dan kebanyakkan tamaddun lain berasal dari negara-negara Islam.

Al-Qaradhawi menjelaskan semasa beliau berada di Amerika, dia telah dibawa melawat Muzium, dan beliau bertanyakan berapakah usianya, jawapannya adalah 200 tahun. Menurut al-Qaradhawi, Muzium kita mencecah 7000 tahun.

4. Kekuatan Spiritual : Kita adalah satu-satunya agama yang telah melalui pelbagai pengalaman, perubahan zaman dan masa, risalah yang tidak kenal sempadan waktu, itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad :saw. Beliau telah berjumpa dengan berjuta Hafiz al-Quran di Libya , dimana kerajaan Libya memberi penghargaan kepada mereka yang menghabiskan dirinya dengan al-Quran.

Menurut beliau, melalui pertandingan al-Quran yang dianjurkan oleh Qatar, pada mulanya di penuhi oleh peserta luar negara Qatar, terutamanya orang Asia. Namun demikian, beberapa tahun yang terdekat, kadar perserta meningkat dari kalangan penduduk Qatar

Kata al-Qaradhawi mengenai mukjizat al-Quran :

أي إعجاز أكثر من أن تجد شابا يحفظ القرآن حفظا جيدا، ولا يفهم كلمة واحدة من اللغة العربية، حتى إنك إذا سألته ما اسمك؟ لا يفهم السؤال، ومع ذلك يحفظ القرآن حفظا جيدا“Adalah lebih dari satu keajaiban mendapati seorang lelaki yang menghafal al-Quran dengan baik, akan tetapi tidak faham satu kalimah pun didalam bahasa Arab, sehinggakan kamu bertanya kepadanya :Apa nama kamu? Mereka tidak memahami soalan kamu, namun demikian, mereka adalah golongan yang menghafal al-Quran dengan baik”

Al-Qaradhawi juga telah menyentuh isu mewujudkan projek kesatuan Ummah, bagi menghadapi konfrantasi musuh Islam dan membantu sebahagian yang merana, dan berkata : “malahan isu utama umat Islam, iaitu persoalan Palestin, tidak lagi kedudukannya sebagai isu yang SATU, begitu juga dengan isu Zionis yang global”.
Share/Bookmark

Kad perkahwinan - manifestasi cinta Yusuf & Zulaikha?

Minggu lepas saya menerima sekeping Kad Jemputan Perkahwinan dari seorang sahabat yang akan melangsungkan Majlis Jamuan perkahwinan anak beliau di Selangor. Didalam kad tersebut diselitkan sekeping do'a yang berbunyi :-

Secebis do'a dengan kalimahBismillahirahmaanirrahimYa AllahTuhan Yang Maha Pencipta , Jadikanlah Majlis iniMajlis yang mendapat Keberkatan & Keredhaan Mu Ya Allah,Kekalkan ikatan perkahwinan mereka sepanjang hayatTetapkanlah kasih antara mereka selagi Tidak Melebihi Kasih PadaMuYa AllahEngkau satukanlah hati mereka seperti engkau satukanhati Adam & Hawa,Yusuf & Zulaikha danSeperti Engkau Satukan hati Muhammad s.a.w & Siti KhadijahAmin Ya Rabbal AlaminRupa-rupanya, masih ramai lagi yang masih berpegang kepada hikayat percintaan agung Yusuf dan Zulaikha. Sudah pasti, harapan ibu-bapa ingin menjadikan pasangan anak-anak mereka bahagia sebagaimana didalam kisah percintaan agung tersebut. Sebelum kita menjawab harapan ini, ada beberapa persoalan yang elok juga kita fikirkan kembali, diantaranya adalah :-

a. Apakah wanita yang disebut didalam surah Yusuf itu namanya Zulaikha?

b. Apakah benar wanita tersebut, saling cinta mencintai Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf tertarik dengan wanita tersebut?

c. Sumber mana yang menyebut bahawa Zulaikha dan Nabi Yusuf berkahwin.?

Firman Allah swt :

وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِنْ مِصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ“Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [surah Yusuf : 21].

Ibnu Kathir rh didalam mentafsirkan ayat diatas, menjelaskan bahawa Nabi Yusuf telah dibeli oleh seorang pegawai tinggi Mesir, yang berjawatan Menteri dan digelar ‘al-Aziz’. Menurut Ibn Abbas ra. nama sebenar beliau adalah Qathfir dan nama isterinya adalah Raa’il [Tafsir al-Quran al-Azhim, 2/620]. Wanita yang bernama Raa’il ini yang kita kenali sebagai Zulaikha. Ulama’ hadith mengatakan bahawa riwayat yang mengatakan namanya adalah Zulaikha adalah tidak kuat dalilnya.

Ini bermaksud bahawa cerita mengenai Nabi Yusuf berkahwin dengan wanita yang bernama Zulaikha adalah tertolak juga, dan sudah tentu do’a yang mengaitkan pasangan Zulaikha dan Nabi Yusuf as. tidak datang dari sumber yang sahih. Malah ada yang begitu sinis atau berseloroh mengatakan kenapa mahu mendo’akan anak agar dia berlaku curang (Zulaikha) kepada suaminya (kerana mencintai Zulaikha).

Penceritaan kisah ini didalam al-Quran sangat jelas, dan pemurnian kisah ini boleh dilakukan dengan cara menggalakkan mereka membaca kisah ini terus dari surah Yusuf dan bukannya membaca hikayat-hikayat yang bersumberkan Israiliyyat dan sumber-sumber Yahudi dan Nasrani. Malahan Departmen Agama Republik Indonesia (DEPAG-RI ) telah membuang nama Zulaikha didalam terjemahan resmi al-Quran didalam Bahasa Indonesia.

Yusuf tertarik kepada Zulaikha?

Bagaimana pula dengan kisah Nabi Yusuf juga dikatakan tertarik kepada wanita tersebut?? Berpandukan surah Yusuf ayat 24, ada setengah pihak mengatakan bahawa wujudnya suasana cinta mencintai diantara Nabi Yusuf dan Zulaikha. Firman Allah swt :-

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa" [surah Yusuf : 24].

Perkataan هَمَّتْ بِهِ atau wanita itu berkehendakkan (inginkan) kepadanya dan atau وَهَمَّ بِهَا dia(Yusuf) bekehendakkannya menunjukkan bahawa setelah wanita tersebut menggoda Yusuf (surah Yusuf, ayat 24), maka timbul keinginan kepadanya. Keinginan beliau telah hilang setelah melihat kenyataan (burhan) dari Allah. Para pentafsir memberi alasan bahawa Nabi Yusuf juga seorang manusia yang mempunyai keinginan terhadap wanita, dan lintasan keinginan itu tidak dianggap berdosa.

Al-Baghawi melaporkan bahawa ia hanyalah lintas fikiran sahaja. Dikalangan mufasirin juga khilaf didalam mentafsirkan makna ayat ini. Dari kalangan yang mengatakan bahawa Nabi Yusuf as tidak langsung mempunyai keinginan adalah berdasarkan beberapa kenyataan dibawah ini, diantaranya ;

a. Keinginan disini berbentuk umum, yakni ia tidak merujuk kepada keinginan seks sahaja. Jika dilihat dari ayat 23 surah Yusuf, beliau telah memohon perlindungan dari Allah swt, dengan katanya :

مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ"Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya" [Surah Yusuf : 23].

Keinginan Yusuf boleh ditafsirkan sebagai keinginan untuk mempertahankan diri dari dinodai oleh isteri pegawai Mesir tersebut sebagaimana yang dimanifestasikan didalam do’a tersebut.

b. Didalam ayat diatas Allah swt memisahkan ayat tersebut kepada dua, iaitu keinginan wanita tersebut dan keinginan Yusuf (Tafsir al-Tabari : Taqrib wa Tahzib, Dr Solah Abd Fatah al-Khalidi, 4/441). Jika benar kedua-dua mereka mempunyai keinginan yang sama, maka seharusnya perkataan hammat itu ditukar kepada hammaa dengan alif dihujungnya yang bermaksud “kedua-duanya inginkan” atau jama’(plural), wa hammoo yang bermaksud “mereka inginkan”. Disini diperlihatkan bahawa keinginan wanita tersebut adalah keinginan sahwat, dan keinginan Yusuf ialah keinginan untuk mempertahankan diri.

c. Abu Ubaid berkata : Disini wujud susunan perkataan yang diawalkan dan diakhirkan maksudnya, iaitu “Wanita itu inginkan Dia, dan Dia (Yusuf) telah melihat kebenaran, disebabkan itu dia tidak inginkan wanita tersebut” [Tafsir al-Qurthubi, 9/109].

Syiekh al-Shanqiti menyatakan bahwa Abu Hassan dan beberapa orang mengatakan apabila didasarkan kaedah Bahasa Arab, ayat tersebut membawa maksud Yusuf tidak langsung terlintas melakukan apa-apa, kerana beliau di halang melakukannya, disebabkan kebenaran TuhanNya [Adwa’ al-Bayan, 381].

d. Keinginan ini adalah keinginan melakukan Zina, ini merupakan satu dosa yang tidak wajar dikaitkan dengan Nabi yang maksum (Tafsir al- Munir, 6/577). Ini dapat dilihat didalam ayat seterusnya :

كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ“Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa”

Sebagai altenatif kepada terjemahan ayat 24 surah Yusuf ini, dicadangkan ayat tersebut boleh di terjemahkan seperti berikut :-

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan setelah melihat kenyataan Allah, tidak timbul kepada dia (Yusuf) keinginannya kepada perempuan itu. Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.”

Dr Wahbah al-Zuhaily menegaskan bahawa Nabi Yusuf as. tidak sekali-kali tercatit akan dosa lintasan atau keinganan tersebut. Ada dikalangan pentafsir al-Quran mengatakan bahawa “melihat kenyataan Allah” itu tidak berlaku semata-mata ketika Yusuf berhadapan dengan godaan Raa’il (wanita isteri al-Aziz Mesir). Disebabkan beliau telah dimaklumkan mengenai kenyataan Allah, maka tidak timbul sedikit pun keinginan terhadap Raa’il. Namun demikan, hanyalah Allah swt sahaja yang tahu pengertian sebenar ayat tersebut. WA.

Dipetik dari blog ust kamin..

Share/Bookmark

Wednesday, December 1, 2010

Rabiatul Adawiyah Dengan Cerdik Pandai..

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah

kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.


"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota

kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.


Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Share/Bookmark

Monday, November 29, 2010

ukhuwah antara lelaki dan perempuan..

Pergaulan bererti cara kita berinteraksi antara sesama manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara sesama manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kadangkala bentuk pergaulan tersebut boleh jadi berupa persahabatan yang terjalin antara mereka dengan saling meluahkan isi hati.

Sebuah persahabatan yang terjadi antara lelaki dan perempuan biasanya berlatarbelakang yang sama iaitu kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Dari situ muncullah simpati sehingga wujud keterbukaan dan mula mencurahkan isi hati.

Dalam konteks agama, biasanya disebut “ukhuwah”. Ukhuwah ini didasari dengan keimanan, keikhlasan dan muroqobatullah.
 Kedudukan sahabat begitu istimewa dalam hati seseorang, sehingga persahabatan yang terjadi antara lawan jenis perlu dipersoalkan, adakah mereka memang bersahabat? Ini kerana tidak mustahil ada kemungkinan di hati mereka atau salah seorang daripada mereka yang punya perasaan memiliki dan penuh harap.Curahan hati antara mereka sebenarnya bukanlah untuk mencari sebuah penyelesaian namun banyak berbentuk pengaduan dan mendapatkan perhatian.

Secara fitrahnya, antara lelaki dan perempuan (ikhwan atau akhawat) memiliki ketertarikan seperti positif dan negatif sehingga tidak ada hubungan persahabatan yang benar-benar tulus di antara mereka.

Perkara ini perlu menjadi perhatian yang besar bagi ikhwah mahupun akhawat. Ini kerana fenomena yang berkembang akhir-akhir ini kelihatan berlakunya ‘kelonggaran’ dalam pergaulan, apakah zaman sudah berubah atau kerana ruang lingkup dakwah sudah meluas, pergaulan sudah bebas, bahkan dengan masyarakat secara umum. Ia perlu dinilai kembali akan perilaku dan akhlak bergaul terhadap lawan jenis, kendati apa yang dilakukan semata-mata demi berkembangnya dakwah.
Islam sebagai Dinullah telah mengatur kehidupan antara sesama manusia dengan terperinci. Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan perempuan (ikhwah dan akhawat) hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara mereka yang bukan mahram atau jalan-jalan bersama. Kerjasama antara keduanya bertujuan agar mereka melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka.

Interaksi antara mereka hendaknya tidak mengarah kepada hubungan yang bersifat nafsu syahwat. Maksudnya, interaksi mereka tetap dalam koridor kerjasama semata-mata (amal jama’i) dalam menggapai pelbagai kemaslahatan dakwah dan dalam melakukan pelbagai macam aktiviti yang bermanfaat, tanpa diwarnai oleh ‘kepentingan individual’.
Pergaulan ikhwah dan akhawat hendaknya menjadikan aspek rohani sebagai landasan hukum dan syariat sebagai tolok ukur yang di dalamnya terdapat hukum yang mampu menciptakan nilai-nilai akhlak yang luhur.

Dalam mengatur hubungan berlainan jenis, kaedah yang telah ditentukan Islam perlu dijadikan pedoman sekalipun hubungan tersebut dalam kerangka dakwah. Larangan dalam persoalan ini sangat tegas. Atas dasar itu, Islam menetapkan sifat menjaga kehormatan sebagai satu kewajipan. Di antara ketentuan hukum yang berkenaan dengan hubungan terhadap lawan jenis adalah:
Pertama, perintah untuk menjaga pandangan. Allah SWT berfirman,”Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(An-Nuur 24:30-31)

Sebarang agenda dakwah yang hendak kita lakukan, pandangan terhadap lain jantina tetap harus dijaga, bukan bererti kita tidak melihat sama sekali, namun menjaga mata agar tidak saling menatap. Ini kerana tatapan mata yang lama dapat mempengaruhi perasaan sehingga syaitan sangat bersemangat untuk menggoda. Rukhsah hanya diberikan kepada mereka yang terlibat dalam proses belajar, mengajar, transaksi jual beli, memberikan kesaksian, berubat dan ketika khitbah.

Kedua,Islam telah memerintahkan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian secara sempurna, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan.Allah SWT berfirman,“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutup tudung (khimar) ke bahagian dada mereka. (4:31).
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang mukmin, hendaklah ia melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. (33:59)

Walau bagaimanapun, bentuk dan model pakaian tidak termasuk urusan ibadah murni, tetapi termasuk aspek muamalah yang illat dan ketentuan hukum berpusat kepada maksud dan tujuan syariat (sebagaimana yang diungkapkan Prof Abdul Halim dalam Tahrirul Mar’ah). Oleh sebab itu, segala bentuk dan model pakaian dibolehkan asalkan dapat menutup aurat dengan memenuhi kriteria dan pensyaratan yang ditetapkan syariat, sesuai dengan keadaan iklim dan juga memudahkan wanita bergerak, maka dapat diterima syar’i.Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagaimana dikutip oleh Prof. Abdul Halim menguatkan penjelasan bahawa tidak mengapa wanita memakai pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam bentuk asalkan memenuhi syarat dan adab-adab yang ditetapkan syar’i. Kriteria dan pensyaratan itu antara lain menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan, longgar tidak ketat, dan tidak jarang (transparent), serta serasi dan tidak menjolok mata.

Ketiga,Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah SAW bersabda “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya”.                                      
Keempat, Islam sangat menjaga agar dalam kejidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah daripada jamaah (komuniti) lelaki; begitu juga di dalam masjid, di sekolah, dan lain-lain tempat. Paling tidak jangan sampai berlaku pembauran (ikhtilath), sekalipun dalam urusan dakwah.  

Ikhtilath banyak berlaku dalam kehidupan bermasyarakat seperti di dalam kenderaan awam, di pasar dan lain-lain. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan perkara seperti ini dikategorikan sebagai bentuk dharurat, selama kita belum mampu mengubahnya. Namun, apabila kita dapat mengaturnya, maka hukum dharurat tidak berlaku lagi. Contohnya dalam suasana di majlis perkahwinan, tidak dibenarkan berlaku ikhtilath antar tetamu lelaki dan wanita kerana sohihul haajah mampu mengaturnya.        
Demikianlah antara beberapa perkara yang digariskan dalam Islam tentang pergaulan antara berlainan jantina. Dakwah semakin menyebar, pergaulan semakin meluas, namun kita sebagai tnaga-tenaga dakwah perlulah menjaga keaslian dakwah dalam menjunjung nilai-nilai Islam. Al-Islam Ya’lu wala yu’la ‘alaih.
 PAKSI.NET..minta maaf pd org yg mnta note ni..lma sgt mnunggu..


Share/Bookmark