"Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi."
sangat-sangat memalukan..sedih melihat keburukan bangsa sendiri dan malu untuk mengaku bahawa melayu itu bangsaku..
Wahai bangsaku,sedarlah sekarang..Angkatlah kembali martabatmu seperti mana di era kehebatanmu dulu..kita tolak pemimpin melayu yang hanya pandai berpura-pura kononnya pejuang melayu,dan angkatlah islam menjadi keutamaan.Melayu dulu mulia kerana Islam,bukannya Islam mulia kerana melayu..Usahlah tertipu lagi dengan perjuangan ketuanan bangsa yg ibarat anjing menyalak pada bayang-bayang sendiri..marilah bersatu dibawah satu panji iaitu panji islam,nescaya kamu akan selamat dunia akhirat..maafkan aku andai ada yg terasa dengan penulisanku kali ini..Hasratku hanya ingin melihat bangsaku disanjung dek kerana ketinggian budi pekerti dan memelihara akhlak islami..SEMARAK PERJUANGAN~~
0 comments:
Post a Comment