BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

Apa itu MELAYU??

Ramai daripada kita hari ni tidak tahu apa itu sebenarnya melayu..bila ditanya kepada rakan-rakan kita, "kamu ni bangsa apa?"jawapan melayu ialah jawapan yg dominan walaupun yg ditanya itu ialah bukan melayu sangat..(mamak,kacukan dll)
Penting untuk mengetahui siapa itu bangsa melayu yg sebenar kerana bak kata orang x kenal maka tak cinta..betol tak??uncle "wiki" kata, melayu ni ialah,"Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi.  Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi."

Hah??melayu ialah orang yg bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu??Nah,hari ini berapa ramai daripada kalangan kita dan pemimpin2 kita yg berlagak kononnya merekalah pejuang melayu sejati tp tidak bertutur dalam bahasa melayu dan x mengamalkan adat resam orang melayu dalam kehidupan seharian mereka..kiranya mereka ni bolehlah kita katakan telah keluar melayu atau munafik(berpura-pura) melayu..cuma yg melayunya mereka ini ialah hanya pada parti mereka iaitu UMNO..tp tu pun menggunakan bahasa orang putih..Umno tu bolehlah dikatakan tak ubah mcm Malayan Union..Malayan Union pun ada malay gak kan??sama la macam Umno..hahaa..
tu belum lg kita search perkataan melayu di google..agak2 klau kita search apa kita jumpa??hahaa..nilah apa yg dijumpai bila melayu di search di google..
 
 
sangat-sangat memalukan..sedih melihat keburukan bangsa sendiri dan malu untuk mengaku bahawa melayu itu bangsaku..

Wahai bangsaku,sedarlah sekarang..Angkatlah kembali martabatmu seperti mana di era kehebatanmu dulu..kita tolak pemimpin melayu yang hanya pandai berpura-pura kononnya pejuang melayu,dan angkatlah islam menjadi keutamaan.Melayu dulu mulia kerana Islam,bukannya Islam mulia kerana melayu..Usahlah tertipu lagi dengan perjuangan ketuanan bangsa yg ibarat anjing menyalak pada bayang-bayang sendiri..marilah bersatu dibawah satu panji iaitu panji islam,nescaya kamu akan selamat dunia akhirat..maafkan aku andai ada yg terasa dengan penulisanku kali ini..Hasratku hanya ingin melihat bangsaku disanjung dek kerana ketinggian budi pekerti dan memelihara akhlak islami..SEMARAK PERJUANGAN~~


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment